Secebis Kisah...

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 1 Ummah.

Terlintas difikiran saya untuk menulis riwayat hidup saya sebelum saya terus melangkah jauh dan lebih dewasa. Sudah banyak kenangan lalu yang saya tinggalkan dan blog ini adalah tempat untuk saya mengumpulkan kenangan-kenangan tersebut.

Saya merupkan anak sulong dan cucu sulong daripada pihak ummi dan abah saya. Sebagai cucu sulong dan anak sulong, setentunya saya menjadi kemanjaan keluarga. Haaa..... untungnya saya..! tapi biase la kan... mana saya rasa saya dimanja... Gambar-gambar inilah yang menjadi bukti kasih sayang abah dan ummi serta keluarga saya.Masa ni la Buyot (nenek ummi) mengelurkan katil antik dia...! Tengok je la gambar kat bawah tu... betapa antiknya katil saya! Buyot buat kelambunya termasuk tilam dan bantal-bantal yang siap ditekat (sulam). Memang tradisi Buyot setiap cucunya yang lahir akan dihadiahkan bantal, tilam  hasil tangannya. Sekarang buyot dah uzur, tapi  masih lagi dengan hadiah yang sama... Buyot memang hebat!!

 Saya dilahirkan dalam keluarga pendidik. Ummi saya seorang guru, Abah saya guru malah atok, nenek, yaie (atok dalam bahasa jawa) dan nenek saya juga merupakan seorang guru.
Abah dan ummi saya mendirikan rumah tangga ditempat mereka belajar (Jordan). Saya membesar dalam perut ummi di Jordan selama 7 bulan. Walaupun saya tak rasa pengalaman saya dalam perut... ummi sering menceritakan apa yang beliau lakukan semasa saya di dalam perut ummi. Saya dilahirkan di Hospital Batu Pahat, Johor pada 7 Disember 2000 bersamaan 10 Ramadhan. Ummi kata, melahirkan saya agak kartun kerana pengalaman pertama melahirkan anak. Apa-apa pun semua berjalan dengan lancar.    






Saya membesar dalam suasana belajar. Haaaiiii... dalam perut saya di Jordan... dah keluar perut pun saya masih menjalani hari-hari abah dan ummi sebagai pelajar. Selepas saya lahir, abah dan ummi menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah sebelum menjadi seorang guru. Saya membesar di Bandar Baru Bangi. Walaupun hidup kami susah pada waktu itu, semua perjalanan hidup kami dipermudahkan Allah. Alhamdulillah.... Ummi kata, hidup kami waktu itu agak mencabar... dengan elaun belajar  500 ringgit seorang abah dan ummi terpaksa menyewa di luar asrama kerana ingin melihat saya membesar bersama-sama mereka.Sewa rumah pun berkongsi dengan rakan yang lain agar sewa rumah lebih kecil untuk dikongsi. Nasib baik atok beri pinjam kereta Wira Wan (nenek sebelah ummi). Dapatlah kami bertiga kemana-mana dengan kereta tersebut. 



Gambar di atas adalah gambar saya bersama-sama Yaie dan Nenek. Gemuk kan saya !!? Apa rahsianya??? hehehehe... susu dumex free dari klinik kesihatan. Alahamdulillah... sepanjang saya menyusu, nenek saudara yang saya panggil Tok De  yang bekerja di klinik kesihatan sering  memberikan ummi susu dumex free. Murah rezeki ummi.... So, jimat la nak beli susu dikedai..! 

  


Inilah antara gambar saya semasa tunggal... hehehehe... kejap je tunggalnya.... 2002 saya dapat adik perempuan. Namanya 'Abir Husna. Mukanya lebih kurang saya. Kalau saya pakai tudung muka kami serupa! hahahaha... tak caye...? tengok gambar ni...







 Zaman persekolahan bermula.....  Saya mula bersekolah pada umur 5 tahun. Sekolah pertama yang mengajar saya ABC,123 dan alif Ba Ta ialah Tadika Agama Johor. Saya membesar di Taman Suria , Ayer Hitam , Batu Pahat Johor. Pada masa ini abah dan ummi telah mengajar di sekolah masing-masing. Saya sekeluarga tinggal di banglo atok di Taman Suria bersama-sama Adik beradik ummi. Atok pada waktu in itelah berpindah ke Kluang bersama-sama Wan. Berdekatan dengan rumah kami ialah rumah Buyot dan nenek saudara saya yang kami panggil Tok De. Makanya...ini bermakna saya membesar bersama-sama orang dewasa.... Faham-faham la kalau membesar bersama-sama orang dewasa ni... sebab tu wp saya masih tahap satu saya sudah minat membaca surat khabar dan membaca novel-novel tebal. Saya minat membaca novel penyiasatan pada mulanya dan kini minat itu bertukar-tukar ikut musim... heheheh... biase la... 

Satu peristiwa yang saya tak boleh lupa adalah pada minggu pertama saya ke sekolah tadika. Ummi dan abah ingin mengajar saya naik bas ke sekolah. Bas yang telah ditempah akan melalui lorong rumah kami. Dari malam saya diberi taklimat dan semangat dari abah, ummi dan pak cik mak cik saya...Pada pagi yang dijanjikan saya dan ummi menunggu di hadapan lorong..... Apabila kelibat bas yang dijanjikan sudah kelihatan saya semkin bersemangat. Tetapi entah kenapa.... bila nama saya dijerit oleh pak cik bas " Anas....! mana Anas...!? " Saya lari lintang pukang  balik rumah... Ummi yang bersama-sama saya terpinga-pinga melihat saya lari macam orang nampak hantu sambil menangis.... hahahaha..... saya rasa terancam sebenarnya waktu itu... almaklum la,,,, tak pernah orang jerit nama saya seseram itu!!

 


Zaman sekolah tadika memang menyeronokkan. Cikgu saya bernama cikgu Ummi dan Cikgu Liza. Macam-macam perkara saya belajar di tadika dan, bakat nasyid yang ada pada abah dan ummi rupa-rupanya mengalir dalam darah saya. Sejak lima tahun saya sudah bernasyid. Abah & Ummi pula jurulatih nasyid di sekolah masing-masing... saya pun terkesan la dengan dunia nasyid ni... 

Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Darjah 2 saya berpindah ke Johor Bahru dan bersekolah di SK Sri Skudai. Kalau di Ayer Hitam saya tinggal berdekatan keluarga sebelah ummi, tapi di Johor Bahru rumah sewa kami berhadapan dengan rumah Yaie dan nenek! Seronok... rumah dekat dengan rumah yaie.... Ada Mak Ju, Pak Lang , Ancik, Pak Su dan Pakcik2 sebelah abah. Kalau waktu Mak Ju free kami akan menonton wayang beramai-ramai... Mak Ju selalu belanja kami adik beradik... Bila ada cerita kartun baru di wayang Mak Ju selalu ajak! Sekarang Mak Ju di USA melanjutkan pelajaran diperingkat PHD. Moga-moga saya cemerlng macam Mak Ju!




Di Sk Sri Skudai, selain menjadi pengawas saya pernah mewakili sekolah dalam acara azan, koir dan coral speaking. Pengalaman yang amat meyeronokkan! Di Sekolah Agama annur batu 10 juga saya pernah mendapat tempat pertama dalam kelas dan mewakili pertandingan azan . Minat membaca saya dipupuk di sekolah ini. Setiap pagi kami tidak dibenarkan naik ke kelas dan diwajibkan duduk di dataran dengan buku masing-masing. Suasna di dataran selalunya senyap dengan murid-murid yang membaca buku. Begitu juga pad waktu rehat. selain di kantin kami tidak dibearkan membuat bising dan dimestikan membaca. Walaupun terpaksa membaca pada awalnya, akhirnya saya semakin minat membaca buku!


Darjah 4 Saya sekeluarga berhijrah lagi... Kali ini ke Putrajaya... Kota pentadbiran Malaysia. hmmmm... Jauh dengan keluarga.... Tapi ada Mak De dan Cunnie disini...Tak pe la...wp jarang balik kampung tapi hubungan kami tetap erat.

2012 adalah tahun bersejarah bag saya dan kawan-kawan. Saya akan menduduki UPSR. ohhh...! bersediakah saya??? Bolehkah saya cemerlang seperti bah, ummi dan semua ahli keluarga saya?? Ummi selalu kata, anak sulong dan cucu sulong mesti tunjukkan perkara-perkara yang baik untuk dicontohi... aiii...seram juga dibuatnya!

Ok la... dah jauh saya bercerita... dari tahun 2000 hingga 2012! Itu adalah sejarah ringkas untuk ingatan saya...  Lepas ini saya akan merakamkan cerita saya bersama-sama adik adik saya pula..... 

Jumpa lagi!!

Wassalam

Comments

Popular Posts